Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK Q3 - Tindakan Pembetulan

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 01-08-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengendalikan tindakan pembetulan dengan mengenalpasti punca kelemahan (jika ada) / ketakakuran supaya tindakan yang diambil dapat menghapus punca kelemahan / ketakakuran dan seterusnya dapat menghalangnya dari berulang dalam Sistem Pengurusan Kualiti , Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya.
Skop : Prosedur ini digunapakai di semua peringkat oleh anggota semasa menjalankan tindakan pembetulan di Pejabat Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya dan semua klinik-klinik pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya

SINGKATAN / DEFINISI

 1. Ketakakuran        (Nonconformity /conformance) Ketidakpatuhan kepada keperluan yang ditetapkan dalam Manual Kualiti dan Prosedur Kerja berdasarkan piawaian MS ISO 9001:2008
 2. Pembetulan (Correction) Tindakan yang diambil untuk membaiki ketakuran
 3. Tindakan Pembetulan (Corrective Action) Tindakan yang diambil untuk menghapus punca ketakakuran supaya ianya tidak berulang lagi
 4. WP Wakil Pengurusan
 5. PPD Zon Pegawai Pergigian Daerah Zon
 6. PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 7. KU Ketua Unit
 8. MKSP Mesyuarat Kajisemula Pengurusan
     
 

SASARAN

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 PPYM/KU  1.0 Kenalpasti aspek-aspek ketakakuran yang mana tindakan pembetulan perlu diambil berdasarkan sumber-sumber berikut
 
   1.1 Rekod Penemuan Audit Dalaman
 
   1.2 Borang Tindakan Pembetulan (Audit) WPKL-BKP(G)-BK 37A
 
   1.3 Laporan Audit Luaran (Ketakakuran)
 
   1.4 Rekod Penilaian Kepuasan Pelanggan WPKL-BKP(G)-BK 43
 
   1.5 Notis Makluman Kecacatan/Ketidakpatuhan Bekalan WPKL-BKP(G)-BK 17
 
   1.6 Laporan Pencapaian Objektif Kualiti
 
   1.7 Laporan Pencapaian Quality Assurance Program (QAP)
 
 

 1.8

Kajian Kepuasan:

Pelanggan Dalaman WPKL-BKP(G)-BK 44A

Pesakit Luar WPKL-BKP(G)-BK 44B

Guru HEM/Kesihatan Sekolah WPKL-BKP(G)-BK 45

Murid Sekolah Rendah WPKL-BKP(G)-BK46A dan

Murid Sekolah Menengah WPKL-BKP(G)-BK 46B

 
   1.9 Aduan Pelanggan (lain-lain sumber)
 
   1.10 Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/PPYM, WPKL-BKP(G)-BK 1
 
   1.11 Borang Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah, WPKL-BKP(G)-BK 2
 
PYM/KU  2.0

Rekod ketakakuran (bagi sumber selain daripada audit) ke dalam borang Tindakan Pembetulan (Am) WPKL-BKP(G)-BK 39A

[Untuk ketakakuran dari sumber audit, ketakakuran direkod di dalam Borang Tindakan Pembetulan (Audit), WPKL-BKP(G)- BK 37A. Rujuk: WPKL-BKP(G)-PK Q2]

 
 PPYM/KU  3.0 Jalankan siasatan dan kenalpasti punca ketakakuran dan tindakan pembetulan yang bersesuaian.
 
 PPYM/KU  4.0

Buat pembetulan dan tindakan pembetulan ke atas ketakakuran.

  • Lengkapkan Borang Tindakan Pembetulan (Audit), WPKL-BKP(G)-BK 37A
  • Lengkapkan Borang Tindakan Pembetulan (Am), WPKL-BKP(G)-BK 39A
 
 PPYM/KU  5.0 Rekod ke dalam Log Laporan Tidak Memenuhi Keperluan (TMK), WPKL-BKP(G)-BK 40A
 
 PPYM/KU  6.0 Buat pemantauan ke atas tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan
 
 PPYM/KU  7.0 Kemaskini semua rekod berkaitan yang telah diguna. Tentukan status tindakan pembetulan yang diambil
 
 PPYM/KU  8.0 Kemukakan salinan WPKL-BKP(G)-BK 40A kepada PPD Zon setiap setengah tahun
 
 PPD Zon  9.0 Serahkan WPKL-BKP(G)-BK 40A peringkat Zon kepada Pegawai Penyelaras Tindakan Pembetulan/Penambahbaikan/Pencegahan mengikut jadual yang telah ditetapkan
 
Pegawai Penyelaras Tindakan Pembetulan/Penambahbaikan/Pencegahan  10.0 Cantumkan maklumat daripada semua zon dan sediakan laporan WPKL-BKP(G)-BK 40A / 40B peringkat Bahagian Kesihatan Pergigian bagi setengah tahun dan tahunan
 
 WP/Pegawai Penyelaras  11.0 Bentang laporan Tindakan Pembetulan semasa MKSP
 
 PPYM/KU  12.0 Ambil tindakan yang bersesuaian ke atas ketakakuran yang belum selesai
 
 WP/Pegawai Penyelaras/PPYM/KU  13.0 Failkan semua rekod yang berkaitan
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. Laporan Audit Dalaman dan Luaran  3 tahun
 2. WPKL-BKP(G)-BK 1 - Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/PPYM  2 tahun
 3. WPKL-BKP(G)-BK 2 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah  2 tahun
 4. WPKL-BKP(G)-BK 43 - Borang Penilaian Kepuasan Pelanggan  2 tahun
 5. WPKL-BKP(G)-BK 44A - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman  1 tahun
 6. WPKL-BKP(G)-BK 44B - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Pesakit Luar  1 tahun
 7. WPKL-BKP(G)-BK 45 - Borang Kajian Kepuasan Guru HEM/Kesihatan Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah  1 tahun
 8. WPKL-BKP(G)-BK 46A - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah  Rendah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah  1 tahun 
 9. WPKL-BKP(G)-BK 46B - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Menengah Terhadap  Perkhidmatan Pergigian Sekolah  1 tahun
 10. WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan  2 tahun 
 11. Laporan Pencapaian Objektif Kualiti   3 tahun 
 12. Laporan Pencapaian QAP   3 tahun 
 13. WPKL-BKP(G)-BK 37A - Borang Tindakan Pembetulan (Audit)   2 tahun 
 14. WPKL-BKP(G)-BK 39A - Borang Tindakan Pembetulan (Am)  3 tahun
 15. WPKL-BKP(G)-BK 40A - Log Laporan Tidak Memenuhi Keperluan (TMK)   3 tahun
 16. Aduan pelanggan   3 tahun
     
     
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 01 - Laporan Lawatan Pemantauan Ketua Unit/PPYM
  WPKL-BKP(G)-BK 02 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah
  WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan
  WPKL-BKP(G)-BK 37A - Laporan Tindakan Pembetulan (Audit )
  WPKL-BKP(G)-BK 39A - Laporan Tindakan Pembetulan (Am)
  WPKL-BKP(G)-BK 40A - Log Laporan Tidak Memenuhi Keperluan (TMK)
  WPKL-BKP(G)-BK 40B - Log Laporan Tindakan Penambahbaikan Berterusan
  WPKL-BKP(G)-BK 43 - Laporan Penilaian Kepuasan Pelanggan
  WPKL-BKP(G)-BK 44A - Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman
  WPKL-BKP(G)-BK 44B - Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Pesakit Luar
  WPKL-BKP(G)-BK 45 - Borang Kajian Kepuasan Guru HEM / Kesihatan Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 46A - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Rendah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 46B - Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Menengah Terhadap Perkhidmatan Pergigian Sekolah
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Datin Dr Noralaini Bt Ismail
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti