Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK S02 - Pembaikan Peralatan Pergigian dan Infrastruktur

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 01-08-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kerosakan pada peralatan serta infrastruktur supaya ianya dapat berfungsi semula dalam keadaan baik dan selamat
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk kerja pembaikan semua peralatan pergigian dan infrastruktur di Pejabat Bahagian Kesihatan Pergigian dan Klinik Pergigian JKWPKL dan Putrajaya

SINGKATAN / DEFINISI

 

 1. TPK(G)  Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) JKWPKL & Putrajaya
 2. PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 3. JT Juruteknologi Pergigian
 4. PT N 22 Pembantu Tadbir Kanan
 5. Anggota Mahir Kakitangan yang mempunyai kemahiran membaiki sendiri kerosakan yang di alami
 6. Pembekal Pihak yang membekalkan peralatan pergigian
 7. Infrasturktur Tempat dan ruang kerja dan kemudahan -kemudahan yang berkaitan
 8. Kontraktor Pihak yang menjalankan pembaikan infrastruktur
 9. LPO Pesanan Kerajaan
 10. Pegawai Yang  Dilantik Pegawai yang ditugaskan menguruskan sebarang kerosakan infrastruktur yang biasanya terdiri daripada JP U32 / Pembantu Pembedahan Pergigian
 11. Pengguna Anggota yang menggunakan peralatan pergigian tersebut
 12. Pembaikan Kecil / Kerosakan Kecil Pembaikan dilakukan oleh anggota yang mahir tanpa memerlukan sebutharga
 13. Pembaikan Besar / Kerosakan Besar Pembaikan dilakukan oleh syarikat luar dan memerlukan sebutharga
 

SASARAN

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

   A.  PEMBAIKAN PERALATAN PERGIGIAN
 
 JT/Pengguna  1.0 Lapor kerosakan aset menggunakan Borang Aduan Kerosakan Kew PA 9 dan serahkan kepada PPYM/Pegawai Aset klinik. Isi borang WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur dan serahkan kepada JT untuk tindakan.
 
 JT  2.0 Catat laporan kerosakan ke dalam  PG 104.
 
 JT  3.0 Semak status peralatan dan kad Kew PA 2 / Kew 312. Tentukan samada peralatan masih dalam tempoh masa jaminan atau tidak.
 

 JT

 4.0

Jika dalam tempoh masa jaminan ,

  • Serahkan kepada pembekal terus untuk pembaikan
  • Buat ujian untuk memastikan kerosakan telah dibaiki
 

 

 JT/Pengguna

 

 

 

 5.0

 5.1

Jika tidak dalam tempoh masa jaminan

Baiki sendiri

  • Kesan punca kerosakan dan baiki dengan serta merta
  • Buat ujian untuk memastikan kerosakan telah dibaiki
  • Tuntut perbelanjaan pembaikan
  • Kemaskini dan rekod maklumat pembaikan dalam:-
  • WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur 
  • Kad Kew PA 9
  • Kad Kew PA 14
  • PG 104
  • PG 205
 

 

JT

Pihak Swasta/Pembekal

 5.2

Jika tidak dapat dibaiki

  • Rujuk pihak swasta / pembekal untuk dapatkan sebutharga pembaikan
  •  Buat pemeriksaan samada ekonomi dibaiki atau tidak
 

 

PPYM/JT

 6.0

 6.1

 

Ekonomi Dibaiki

Pilih pihak swasta / pembekal untuk pembaikan. Gunakan borang WPKL-BKP(G)-BK 13 - Kriteria Pemilihan  Pembekal Bagi Pembelian Terus.

 
   6.2 Dapatkan sebutharga dari pihak swasta / pembekal
 

PPYM/Pegawai Aset

 6.3

Syorkan tindakan susulan dan rekod dalam borang Kew PA 9. Hantar untuk dapatkan kelulusan pembaikan  dari TPK(G).

 
PPYM/Pegawai Aset  6.4 Terima kelulusan dan faikan Kew PA 9.
 
Pihak Swasta/Pembekal  6.5 Lakukan pembaikan setelah mendapat kelulusan.
 

JT/Pengguna

 6.6

Terima kembali alat tersebut, buat ujian untuk memastikan pembaikan memuaskan. Hantar balik pada  pembekal jika masih rosak.

 

PPYM

 6.7

Kemukakan LPO ke pejabat setelah selesai pembaikan bersama dengan WPKL-BKP(G)-SS4A - Senarai Semak Penerimaan Bekalan Dengan Pesanan Kerajaan (LPO).

 

PT N22

 6.8

Buat bayaran kepada pihak swasta / pembekal berkenaan. Hantar salinan LPO kepada klinik yang terlibat.  Failkan LPO asal.

 

JT/Pegawai Aset Klinik

 6.9

Kemaskini dan rekod maklumat pembaikan dalam:

  • WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur
  • Kad Kew PA 14
  • PG 104
  • PG 205
 

PPYM/JT

 6.10

Buat maklumbalas mengenai perkhidmatan yang diperolehi selepas 1-3 bulan  menggunakan  borang WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan.

 

 

JT

 7.0

 7.1

Tidak Ekonomi Dibaiki

Dapatkan syor Pegawai Aset untuk pelupusan . Rujuk WPKL-BKP(G)-PK S3 - Pelupusan.

 
JT  7.2 Kemaskini borang WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur
 
   B. PENGENDALIAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR
 
Anggota Klinik  8.0 Isi borang WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur bagi kerosakan besar atau laporkan terus bagi kerosakan kecil yang boleh dibaiki sendiri oleh anggota yang mahir.
 
PPYM/Pegawai Yang Dilantik  9.0 Terima borang aduan dan buat penyiasatan. 
 
   10.0 Tentukan samada memerlukan pembaikan kecil atau besar.
 
   11.0  Pembaikan Besar 
 
   11.1 Hubungi kontraktor yang berkelayakan untuk pemeriksaan kerosakan tersebut.
 
PPYM  11.2 Dapatkan sebutharga.
 

PPYM

 11.3

Pilih kontraktor untuk pembaikan menggunakan borang WPKL-BKP(G)-BK 13 - Kriteria Pemilihan Pembekal Bagi Pembelian Terus.

 
Kontraktor Berkelayakan  11.4 Buat pembaikan sementara jika perlu.
 
PPYM   11.5 Kemukakan sebutharga tersebut ke pejabat dan dapatkan kelulusan dari TPK(G).
 
Kontraktor Berkelayakan  11.6 Lakukan pembaikan setelah mendapatkan kelulusan.
 

PPYM/PT N22

 11.7

Kemukakan LPO ke pejabat setelah selesai pembaikan bersama WPKL-BKP(G)-SS4A - Senarai Semak  Penerimaan Bekalan Dengan Pesanan Kerajaan (LPO) dan buat pembayaran.

 
Pegawai Yang Dilantik  11.8 Kemaskini borang WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Aduan Kerosakan Peralatan/Infrastruktur
 
 

 11.9

Buat maklumbalas mengenai perkhidmatan yang diperolehi selepas 1-3 bulan menggunakan borang WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan..

 
  12.0 Pembaikan Kecil
 

PPYM

 12.1

Baiki sendiri

  • Beli peralatan sendiri
  • Lakukan pembaikan kecil
  • Isi borang tuntutan pajar wang runcit bagi tuntutan pembelian peralatan pembaikan kecil dan hantar ke PT N22
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. WPKL-BKP(G)-BK 18 - Borang Laporan Kerosakan Peralatan / Infrastruktur  3 Tahun   
 2. WPKL-BKP(G)-BK 13 - Kriteria Pemilihan Pembekal Bagi Pembelian Terus  3 Tahun
 3. WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan  2 Tahun 
 4. WPKL-BKP(G)-SS 4A - Senarai Semak Penerimaan Bekalan Dengan Pesanan Kerajaan (LPO)  2 Tahun
 5. PG 104 - Daftar Penyelenggaraan dan pembaikan Peralatan Pergigian Juruteknologi Pergigian Untuk Bulan.........Tahun...........  3 Tahun
 6. PG 205 - Laporan Bulanan Individu /Klinik/ Daerah/Negeri/Bagi Hasil Kerja Juruteknologi Pergigian  5 Tahun
 7. Kew PA 2 - Daftar Harta Modal  Tiada Had
 8. Kew PA 9 - Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan  Tiada Had
 9. LPO - Pesanan Kerajaan  7 Tahun
     
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 13 - Kriteria Pemilihan Pembekal Bagi Pembelian Terus
  WPKL-BKP(G)-BK 17 - Notis Makluman Kecacatan / Ketidakpatuhan Bekalan / Perkhidmatan Selepas Perolehan
  WPKL-BKP(G)-BK 18 - Laporan Kerosakan Peralatan / Infrastruktur
  Senarai Semak   
  WPKL-BKP(G)-SS 04A - Senarai Semak Penerimaan Bekalan Dengan Pesanan Kerajaan (LPO)
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Hanizah Bt Mohd Baki
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti