Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK S11 - Pengurusan Latihan

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 01-08-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini mengariskan langkah-langkah untuk memastikan anggota klinik mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.
Skop : Prosedur ini merangkumi latihan untuk semua anggota dibawah jagaan Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan WPKL & P. Ia merangkumi latihan yang dianjurkan diperingkat klinik, pejabat TPK(G) dan latihan luaran.

SINGKATAN / DEFINISI

 1 Latihan  Semua kursus, seminar, bengkel, tunjuk ajar dan ceramah yang dihadiri oleh anggota 
 2 Latihan Dalaman  Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya juga Kinik Pergigian 
 3 Latihan Luaran  Sebarang latihan yang dianjurkan oleh pihak lain selain dari Bah. Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya seperti Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya, KKM, INTAN, pihak swasta dan lain-lain 
 4 CDE Continuous Dental Education
 5 Ketua Penyelaras Latihan  Pegawai yang dilantik bagi memastikan program latihan di Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya dilaksanakan mengikut perancangan 
 6 Penyelaras Latihan  Pegawai yang bertanggungjawab ke atas perjalanan/perlaksanaan latihan tertentu 
 7 TPK(G)  Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) 
 8 KU  Ketua Unit 
 9 PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga 
 10 Urusetia  Ahli jawatankuasa yang mengelola latihan berkenaan 
 11 KKM  Kementerian Kesihatan Malaysia 
 12 Intan Institut Tadbiran Awam Negara
 13 JK CPD  Jawatankuasa Continuous Professional Development 
 14 Buku Log Latihan Buku/log rekod latihan
 15 MKSP  Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan 
 16 My CPD Online Log aktiviti dan markah CPD online
 

SASARAN

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

   A. LATIHAN DALAMAN
 
    a. Perancangan
 
    Peringkat Pejabat
 
 TPK(G) 1.0

Adakan mesyuarat bersama dengan Ketua Penyelaras Latihan/PPYM/Ketua Unit pada awal tahun bagi membincang keperluan latihan sebelum penyediaan takwim latihan tahunan. Pastikan keperluan latihan adalah berdasarkan perkara berikut:

  • keperluan pembelajaran berterusan untuk pertingkatkan kemahiran anggota
  • teguran dari audit kualiti dalaman / luaran
  • perubahan dalam tugasan anggota di klinik
  • perlantikan anggota baru di klinik
  • perubahan teknologi peralatan dan bahan pergigian
  • cadangan latihan daripada Laporan Prestasi Tahunan anggota
  • Permohonan keperluan latihan dari anggota
  • maklumbalas pelanggan
  • peruntukan kewangan untuk latihan
 
TPK(G) 2.0 Lantik Penyelaras Latihan yang akan mengendalikan latihan-latihan yang dirancang
 
TPK(G) 3.0 Tentukan anggaran kos dan lokasi latihan (dalam atau luar kawasan)
 
Ketua Penyelaras Latihan 4.0 Sediakan Takwim Latihan Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL dan Putrajaya dan edarkan kepada PPYM/ Ketua Unit setelah mendapat kelulusan daripada TPK(G)
 
    Peringkat Klinik
 
PPYM/KU 5.0 Tentukan keperluan latihan untuk anggota di bawah jagaan dengan mengambil kira perkara seperti langkah 1 dan merujuk kepada Takwim Latihan Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL dan Putrajaya dan lain-lain. Lengkapkan borang Keperluan Latihan Anggota WPKL-BKP(G)-BK 27 - Keperluan Latihan Anggota BKP(G) Untuk Tahun..... untuk anggota di bawah jagaan
 
  6.0 Kenalpasti tajuk-tajuk latihan/CDE yang akan diadakan di peringkat klinik serta anggota yang dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan/CDE. Sediakan jadual perancangan latihan/CDE peringkat klinik
 
  7.0 Mohon mata CPD dari jawatankuasa CPD peringkat Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL dan Putrajaya
 
    b. Pelaksanaan
 
    Peringkat Pejabat
 
    Dalam Kawasan
 
Penyelaras Latihan 8.0 Sediakan kertas kerja/cadangan bagi latihan yang telah ditetapkan
 
Penyelaras Latihan 9.0 Lantik urusetia bagi latihan yang akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dari ketua-ketua unit yang berkaitan. Dapatkan kelulusan daripada TPK(G)
 
  10.0 Adakan mesyuarat bersama urusetia bagi membincangkan keperluan dan perjalanan kursus
 
Penyelaras Latihan/Urusetia 11.0 Edar surat memohon calon peserta dari ketua-ketua unit
 
  12.0 Edar surat panggilan latihan kepada peserta yang terpilih melalui TPK(G) dan salinan kepada Ketua Penyelaras Latihan dan PPYM / Ketua Unit
 
  13.0 Adakan latihan seperti yang dirancang
 
  14.0 Lengkapkan borang kehadiran kursus WPKL-BKP(G)-BK 29 - Kehadiran Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Seminar
 
  15.0 Edarkan borang penilaian kursus LDP 1D , WPKL-BKP(G)-BK 30 - Penilaian Kursus/Bengkel/Seminar Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian WPKL dan WPKL-BKP(G)-BK 33 - Prestasi Penceramah Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL& Putrajaya kepada peserta
 
  16.0 Pungut borang penilaian di akhir latihan
 
Penyelaras Latihan 17.0 Edar borang keberkesanan latihan LDP/1C, WPKL-BKP(G)-BK 32 - Penilaian Keberkesanan Kursus/Bengkel/Seminar Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&Putrajaya  kepada peserta
 
  18.0 Pungut borang keberkesanan dalam tempoh 3 bulan selepas latihan
 
Peserta / PPYM / KU 19.0 Kemaskini rekod latihan WPKL-BKP(G)-BK 31 - Rekod Latihan Anggota, buku log latihan dan mycpd online (jika berkaitan)
 
Peserta 20.0 Panjangkan salinan sijil kursus (jika ada) kepada PPYM / Ketua Unit untuk dikemukakan kepada pejabat TPKG (G) 2x setahun bagi tujuan melengkapkan buku Rekod Perkhidmatan
 
Penyelaras Latihan 21.0 Sediakan laporan penilaian latihan oleh peserta dan juga laporan keberkesanan kursus / latihan
 
  22.0 Lengkapkan fail latihan berkenaan beserta laporan penilaian kursus dan kemukakan kepada Ketua Penyelaras Latihan
 
Ketua Penyelaras Kursus 23.0 Nilai dan laporkan pencapaian latihan-latihan yang telah dilaksanakan untuk dibentangkan dalan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
 
    Luar Kawasan
 
  24.0 Ulangi langkah 9.0 hingga 12.0
 
Penyelaras Latihan 25.0 Edar surat memohon calon peserta kursus dari PPYM / Ketua Unit
 
  26.0 Senaraikan nama dan jawatan peserta kursus dan lengkapkan semua kriteria dokumentasi yang dikehendaki seperti sebutharga -sebutharga hotel-hotel (lokasi latihan ) nama dan kelayakkan peserta. Kemukakan kepada TPK(G) untuk kelulusan
 
Penyelaras Latihan 27.0 Kemukakan semua dokumen berkaitan ke Bahagian Kewangan KKM untuk mendapatkan kelulusan
 
  28.0 Terima kelulusan dan jalankan latihan. Ulangi langkah 13.0 hingga 24.0
 
    Peringkat klinik
 
Anggota yang dilantik 29.0 Laksanakan latihan / CDE seperti yang dirancang
 
Anggota 30.0 Lengkapkan borang WPKL-BKP(G)-BK 29 - Kehadiran Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Seminar , bagi mengesahkan kehadiran. 
 
Peserta/PPYM/KU 31.0 Kemaskini rekod latihan WPKL-BKP(G)-BK 31 - Rekod Latihan Anggota , buku log latihan dan mycpd online (jika berkaitan)
 
  B. LATIHAN LUARAN
 
PPYM/KU 32.0 Terima permohonan pencalonan / arahan menghadiri latihan daripada Pejabat TPK(G) /Unit Latihan JKWPKL & Putrajaya / Ketua Penyelaras Latihan
 
  33.0 Pilih calon mengikut kesesuaian latihan dan keperluan latihan. Maklumkan kepada pihak pejabat TPK(G) / Ketua Penyelaras Latihan
 
Peserta 34.0 Terima arahan menghadiri latihan daripada TPK(G) dan hadiri latihan
 
  35.0 Buat laporan maklumbalas latihan yang telah dihadiri. Rujuk WPKL-BKP(G)-BK 34 - Maklumbalas Latihan Kursus/Bengkel/Seminar Luaran. Serah kepada PPYM / Ketua Unit untuk dipanjangkan kepada Ketua Penyelaras Latihan
 
Ketua Penyelaras Latihan 36.0 Nilai dan laporkan latihan -latihan luaran yang  telah dihadiri  anggota untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semual Pengurusan (MKSP)
 
Peserta /PPYM/KU 37.0 Kemaskini rekod latihan BK 31 - Rekod Latihan Anggota , buku log latihan dan mycpd online (jika berkaitan)
 
Peserta 38.0 Panjangkan salinan sijil kursus (jika ada) kepada PPYM/Ketua Unit untuk dikemukakan kepada pejabat TPK(G) 2x setahun bagi tujuan melengkapkan buku Rekod Perkhidmatan 
 
PPYM/KU 39.0 Nilai performance / prestasi anggota semasa melengkapkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan anggota
 
  C. LATIHAN DI BAWAH PERUNTUKAN LDP BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN KKM
 
TPK(G) 40.0 Terima arahan menjalankan latihan daripada Bahagian Kesihatan Pergigian KKM
 
TPK(G)/Ketua Penyelaras Latihan 41.0 Lantik Penyelaras Latihan yang akan mengendalikan latihan-latihan yang dirancang
 
Penyelaras Latihan 42.0 Jalankan latihan mengikut garis panduan perlaksanaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) oleh Bahgian Pengurusan Latihan KKM
 
  43.0 Sediakan laporan penilaian latihan oleh peserta dan juga laporan keberkesanan kursus /latihan
 
  44.0 Lengkapkan fail latihan berkenaan beserta laporan penilaian kursus dan kemukakan kepada Ketua Penyelaras Latihan
 
Ketua Penyelaras Latihan 45.0 Nilai dan laporkan pencapaian latihan-latihan yang telah dilaksanakan untuk dihantar ke Bahagian Kesihatan Pergigian KKM
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 WPKL-BKP(G)-BK27  Keperluan Latihan Untuk Anggota BKP(G) Untuk Tahun 200... 5 Tahun
2 WPKL-BKP(G)-BK29  Borang Kehadiran Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Seminar 2 Tahun
3 WPKL-BKP(G)-BK30  Penilaian Kursus/Bengkel/Seminar Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian WPKL 2 Tahun
4 WPKL-BKP(G)-BK31  Rekod Latihan Anggota 2 Tahun
5 WPKL-BKP(G)-BK32  Penilaian Keberkesanan Kursus/Bengkel/Seminar Anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian WPKL 2 Tahun
6 WPKL-BKP(G)-BK33  Prestasi Penceramah Anjuran Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian WPKL 2 Tahun
WPKL-BKP(G)-BK34  Maklumbalas Latihan Kursus/Bengkel/Seminar Luaran 2 Tahun
Buku Log Latihan 2 Tahun
CPD Log Buku Online 2 Tahun
10 Buku Perkhidmatan anggota Tiada Had
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 27 - Keperluan Latihan Anggota BKP(G) Untuk Tahun ........
  WPKL-BKP(G)-BK 29 - Kehadiran Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Seminar
  WPKL-BKP(G)-BK 31 - Rekod Latihan Anggota
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Azzida Bt Abd Aziz
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti